Iklan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 telah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, New Sunday Times, The Sunday Star, Mingguan Metro, Daily Express, Utusan Sarawak dan Borneo Post pada 1 Februari 2009 lalu.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi. Dalam pelaksanaan dasar meritokrasi kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan 90% markah pencapaian akademik dan 10 % markah ko-kurikulum. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dimasukkan sebagai satu komponen yang diambil kira dalam pengiraan markah ko-kurikulum.
Pemohon berpeluang mengisi 8 pilihan program pengajian mengikut keutamaan dan wajib mengisi Pilihan 1 hingga Pilihan 4 program pengajian yang berbeza mengikut keutamaan. Pemohon digalakkan mengisi Pilihan 5 hingga 8 yang tidak sama.
Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan 3 kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan. Pemohon tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan kod program pengajian dalam pilihan selepas tarikh tutup permohonan atau setelah membuat pengemaskinian sebanyak tiga kali.
Kriteria Pemilihan
- Pencapaian akademik
- Pencapaian ko-kurikulum
- Kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan keperluan syarat khas program pengajian.
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.
- Lulus temuduga atau ujian kelayakan yang ditetapkan oleh pihak IPTA (jika ada).
- Pilihan program pengajian mengikut keutamaan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA
Pengiraan Markah Ko-kurikulum
Markah penuh ko-kurikulum ialah 10 berdasarkan komponen berikut;
- Sukan atau permainan
- Pasukan Badan Beruniform
- Kelab atau persatuan
- PLKN
Pengiraan markah ko-kurikulum diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan markah PLKN pula diselaraskan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia.
Pengiraan Markah Akademik – Lepasan SPM
Markah penuh akademik ialah 120 berdasarkan lapan mata pelajaran sahaja; iaitu lima matapelajaran utama 90 markah dan tiga mata pelajaran terbaik yang lain 30 markah.
Markah akademik berdasarkan gred dan nilai seperti berikut;
Gred |
Nilai |
1A |
18 |
2A |
16 |
3B |
14 |
4B |
12 |
5C |
10 |
6C |
8 |
7D |
6 |
8E |
4 |
9G |
0 |
Lima matapelajaran utama untuk aliran sains adalah;
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu daripada berikut; Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal, Reka Cipta, Lulisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Pengetahuan Sains Sukan.
Lima matapelajaran utama untuk aliran sastera adalah;
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau salah satu daripada berikut; Pengetahuan Moral, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah.
Pengiraan Markah Akademik – Lepasan STPM
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average digunakan dalam pengiraan markah bagi menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.
Penyata Gred dan Mata Nilai Gred adalah seperti berikut;
Gred |
Nilai Mata Gred |
A |
4.00 |
A- |
3.67 |
B+ |
3.33 |
B |
3.00 |
B- |
2.67 |
C+ |
2.33 |
C |
2.00 |
C- |
1.67 |
D+ |
1.33 |
D |
1.00 |
F |
0.00 |
Kategori Lepasan SPM
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut :-
- Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2008 sahaja. - Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2006 atau 2007. - Kategori C
Kategori ini terdiri dari pelajar yang menggunakan keputusan SPM tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. - Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau, SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008.
Kategori Lepasan STPM
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, STAM atau setaraf pula boleh dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut :-
- Lepasan STPM 2008 (Kategori A, S)
Pemohon yang mengemukakan kelayakan STPM Tahun 2008 sebagai kelayakan masuk. - Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM (Kategori P, N, U, L, K)
Pemohon yang mengemukakan kelayakan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi Akademik 2008/2009 sebagai kelayakan masuk. - Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU
Pemohon lulusan Matrikulasi tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU
Pemohon lulusan STAM tahun 2005 atau sebelumnya; ATAU
Pemohon lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS; ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. - Lepasan STAM Pemohon lepasan STAM Tahun 2008, 2007 atau 2006 sahaja.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup mengisi e-borang permohonan adalah seperti berikut;
- Lepasan SPM
Kategori A : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan
Kategori B, C dan D : 3 Mac 2009 - Lepasan STPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
- Lepasan Matrikulasi KPM
Fasa 1 : 17 Januari 2009
Fasa 2 : Enam hari selepas keputusan peperiksaan Semestar Akhir Matrikulasi KPM. - Lepasan Diploma dan setaraf : 5 Februari 2009
- Lepasan STAM : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM 2008 diumumkan
Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2009/2010 adalah melalui melalui Aplikasi Dalam Talian. Permohonan secara dalam talian (online) boleh dibuat di laman web rasmi kemasukan ke IPTA mulai 3 Februari 2009 seperti berikut;
- Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan SPM/Setaraf
- Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan STPM/Setaraf
Maklumat lanjut yang lebih terperinci boleh didapati di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Lebih dikenali dengan singkatan BPKP dan UPU.
[…] : Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010. Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran […]
Sejahtera…
Saya adalah calon SPM 2008.Saya ingin bertanyakan tentang program International Baccalaurette (IB) di Malaysia.Setahu saya,Kolej Mara Banting,MCKK,TKC dan Kolej Mara Seremban ada menawarkan program ini.Bagaimana saya boleh memohon untuk ke program ini?Dan apa kelebihan program ini berbanding program Diploma IPTA dan matrikulas KPM?
salam..sya peljar lpsan sijil politeknik…keputusan spm sya tidak mmuskan…bleh ke,sya mmhon ke IPTA melalui PNM smsa kat poli?adakah saya lyak smbung blajar kat IPTA?sya bru tamat blajar disember thun lpas..bleh ke sya memohon sekarang?
Laila,
Salam… Program IB ada ditawarkan dibeberapa institusi swasta dan awam. Program ini adalah merupakan program pra-universiti dan mereka yang mengambil program ini di Malaysia adalah mereka yang ingin melanjutkan ke universiti luar negara. Diploma dan Matrikulasi lebih menjurus kepada persiapan untuk mengikuti pengajian ijazah di dalam negara.
Pelajar lepasan SPM yang cemerlang ada yang akan ditawarkan untuk mengikuti program ini.
Nur,
Salam… Sudah tentu semua orang boleh meneruskan pembelajarannya. Sijil Politeknik boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma samada di Politeknik atau IPTA tertentu.
Sila semak syarat kemasukan untuk mengetahui program mana yang anda boleh mohon.
salam..sya lpsan sijil politeknik..klau sya nk smbung diploma kat uitm..berapa tahun plak?apakah subjek yang diajar sma dgn kat poli?
Nur,
Salam… Biasanya 3 tahun dan matapelajaran itu bergantung kepada kursus yang diikuti.
salam….walaupun sya dah ambik sijil kat poli…sya masih kena ambik 3thun diploma kat ipt wlaupun dalam kursus yang sama?ada lgi jual ke num ID utk kemasukan ?
Nur,
Salam… Ini bergantung kepada IPTA, adakalanya anda akan dapat pengecualian matapelajaran. Nombor unik ID ada dijual sehingga tarikh tutup.
salam,saya ingin bertanya mengenai pengajian jarak jauh 2009.. bole jelaskan pada saya bagaimana mahu memohon pjj dan dari mana saya perlu cari kursus yang ditawarkan.
salam..
saya nk tnya..kakak sy lepasan diploma dri poli..
dia dh buat prmohonan scara online untk smbung dgree, tapi dia xsmpat untuk pos slinan yg diminta untk dihantar ke semua ipta yg kakak sy phon..
adakah kakak sy msih brpeluang untuk menyambung pengajian pada thun ini?
Zarina,
Salam… Pengajian Jarak Jauh diuruskan sendiri oleh pihak universiti sendiri. Oleh itu anda boleh merujuk laman web universiti yang berkenaan untuk menyemak kursus yang ditawarkan serta membuat permohonan.
Riya,
Salam… Terlalu ramai yang memohon ke IPTA setiap tahun, jadi mereka yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan memang akan mengurangkan peluang untuk terpilih.
Sekarang saya bekerja di sektor awam.Saya mempunyai kelulusan Sijil Politeknik.
Saya ingin bekerja sambil belajar tapi tak tau macam mana caranya.Tolong terangkan kat saya macam mana langkah2 untuk memohon.
Radzy,
Jika ingin belajar sambil bekerja anda perlulah mengambil program Pengajian Jarak Jauh(PJJ). Memandangkan anda mempunyai sijil, anda boleh memohon untuk menyambung belajar peringkat Diploma.
Beberapa IPTA ada menawarkan program pengajian Diploma tetapi tidak semua yang menyediakan PJJ. Oleh itu saya cadangkan anda menyemak laman web IPTA yang berkenaan untuk mengetahui program yang sesuai dengan kelulusan anda.
Di samping itu anda boleh semak dengan JPA bantuan yang boleh diperolehi seperti biasiswa, pinjaman, cuti belajar separuh gaji atau kursus-kursus yang JPA sendiri kelolakan.
Jika ada luang masa saya memang bercadang untuk menulis mengenai PJJ bagi pengambilan Jun/Julai 2009 ini.
salam..
adik saya memperolehi 7D di dlm subjek English dlm spm 2008,tetapi matapelajaran lain utk aliran sains mate 1A,Add math3B,Fizik 4B,Lukisan Kjrteraan 3B. apa pendapat saudara utk kursus yg sesuai sbb saya semak beliau tidak lepas syarat utk program asasi krn gred english 7D tapi adik sy sgt minat dgn aliran engineering spt mekanikal. TQ
sy calon spm 2008 dan sy mndpt 8A 2B 1C dan 1D dlm SPM, atau dgn lebih detail ( 1A- BM,BI,MM,BIO,EST…. 2A-KIMIA,SEJ,PQS…. 4B-FIZIK,PSI…. 6C-ADDMATH… 7D-BAT..)
sy ign meminta pendapat dan jasa baik en.nilam, apakah kursus yg sesuai bagi sy dan di manakah ipta yg sesuai yg melayakkan sy utk kursus2 tersebut … sy amat berminat dlm bidang perubatan dan sains dan sy ign bertanya adakah keputusan yg diperolehi oleh sy ini melayakkan sy utk mengikuti kursus2 dlm bidang yg sy minati ini??? adakah kedudukan add addmath sy akan mempengaruhi dlm perkara ini???
dan akhir sekali apakah cadangan en.nilam ttg kursus apa yg sy ptt apply dan dimana….
thanks (i really hope you can help me with this!!! you can reply to me here or to my email, thanks again)
saya mendapat 1a untuk semua subjek teras kecuali sejarah 2a
dan 3b untuk addmath,kimia. 4b untuk biologi dan 5c untuk fizik.
boleh cadangkan apa2 yang boleh saya mohon dan bagaimana caranya…
Salam..sy lpasan stpm 2008.sy hnya lulus 3 subjek dr 4 subjek yg diambl.pointer sy tak sampai 2 .00.boleh ka sy memhon ipta..
sy stdnt internasionl dri indonesia.,
sy jg plajar lepasn stam 2008..
sy nk tanye cara nk mohon ke ipta tempatan?
bley tlg terangkn..
salam
saya telah mendapat gred a1 dalam subjek fizik dan matematik moden,a2 dalam kimia dan pendidikan islam,b3 dalam matematik tambahan dan bahasa inggeris,dan c5 bagi subjek bahasa melayu,pengajian kejuruteraan mekanikal dan lukisan kejuruteraan.persoalannya,layakkah saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi mahupun asasi kejuruteraan kerana kesuluruhan keputusan spm 2008 saya hanyalah 2a1,2a2,3b3,3c5?
Melly,
Sebenarnya ada beberapa pilihan untuk adik anda melanjutkan pelajaran. Salah satu daripadanya adalah mengambil kursus DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL di UiTM di mana syarat khas adalah mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik DAN Lulus Bahasa Inggeris serta Lulus Kimia.
Sila rujuk Syarat Khas Program Pengajian di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA.
Theaggrobeat,
Tahniah dengan pencapaian anda. Keputusan Add Math anda mungkin akan menjejaskan sedikit peluang untuk ke Matrikulasi.Walaupun begitu jangan bimbang, anda layak untuk memohon beberapa program Asasi yang berkaitan dengan perubatan/sains di UIAM dan UiTM.
Saya cadangkan anda senaraikan program-program pengajian tersebut dan berfikir mengenainya sebelum membuat pilihan yang terbaik untuk diri anda.
Chik,
Banyak program pengajian yang anda layak untuk memohon agak susah untuk saya cadangkan. Saya cadangkan fikirkan dahulu bidang apa yang anda minat kemudian anda rujuk Syarat Khas di laman web UPU kelayakan untuk memohon. Dari situ anda boleh senarai pendekkan 8 program pengajian yang perlu dipilih.
Dania,
Syarat Am kemasukan ke universiti untuk calon STPM antara lain memerlukan lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain.
Eary,
Calon yang lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid boleh memohon di bawah kategori T di bawah e-Borang Lepasan STPM. Cuma anda perlu mendapatkan kepastian dengan pihak UPU (Hotline : 03-8883 5858) samada pelajar antarabangsa boleh memohon mengikut saluran ini.
Arif,
Keputusan anda memenuhi syarat minima ke Matrikulasi tetapi perlu diingat pihak Matrikulasi akan memilih pelajar terbaik mengikut meritokrasi. Sila rujuk komen di Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009.
Berkenaan asasi kejuruteraan pula anda memang layak untuk memohon.
BAGAIMANA UNTUK MENGEMASKINI PERMOHONAN MASUK KE IPTA?KERANA SAYA SUDAH TERLUPA KATA LALUAN DAN NAMA IBU??TOLONG SAYA..
Zulhilmi,
Saya syorkan anda pergi laman web UPU, buat SEMAKAN dan cetak maklumat tersebut. Kemudian telefon pihak UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 untuk bantuan mendapatkan semula kata laluan.
saya student form 4 aliran sains tulen amik biologi, physics, chemistry sedanhg buat research tentang kerjaya seperti dalam bidang perubatan, bioteknologi, perundangan dan perniagaan. boleh give info tentang kelayakan memohon dlm bidang tersebut
salam. bila keputusan upu akan keluar? setahu saya tawaran hanya diberi antara dua, sama ada ditawarkan matrikulasi atau IPTA. betul ke?
macam mana kalau saya menolak tawaran matrikulasi dan tidak dapat tawaran ke IPTA? boleh membuat ke atau macam mana?
Annzack,
Saya akan cuba usahakan.
Sarah,
Keputusan UPU dijangka akan diketahui pada minggu kedua bulan Mei nanti. Mereka yang memohon Matrikulasi KPM, juga mungkin akan menerima tawaran permohonan melalui UPU.
Anda boleh berhenti daripada Matrikulasi selepas menerima tawaran lain tetapi akan dikenakan bayaran kecuali jika berhenti dengan sebab yang dibenarkan. Sila rujuk komen di Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009.
saya lepasan diploma pengurusan perniagaan di IPTS dengan cgpa 3.12. saya ingin menymbung ijazah di IPTA, result spm saya kesemuanya credit kecuali subjek matematik. encik, adakah result spm saya yang lepas mempengaruhi peluang saya untuk memasuki IPTA?..adakah IPTA menerima pelajar lepasan IPTS?
AliffShah,
Pelajar IPTS juga boleh memohon ke IPTA. Memang ada program pengajian yang menetapkan anda lulus atau mendapat kredit matapelajaran tertentu di peringkat SPM.
salam.. saya ary, pelajar lepasan sijil kolej komuniti…
sy ada mengisi eborang permohonan ke ipta sesi akademi 2009/2010
fasa 2. kategori permohonan sy ialah ketegori C. sy ingin tahu bilakah tarikh panggilan temduga permohonan untuk sesi 2009/2010 ini disiarkn?.. dan semasa sy mengisi eborang untuk permohonan ini, ada arahan yangmenyuruh saya menhantar salinan dokumen yang telah DISAHKAN ke semua ipta pilihan.. adakah sy perlu menhantar salinan dokumen yang diminta?
saya nak tanya. adakah kalu kite di terima masuk matrix, pilihan upu kita akan terus i cancel?
tarikh masuk matrix dan tarikh keluar keputusan upu adalah berbeza. saya ingin masuk upu bg UM, tp saya hantar borang matrix sebagai ‘backup’ jika tidak dpt pilihan saya dlm upu. tp jika pendaftaran matrix lebih awl drpd keputusan upu bagaimana saya hendak keluar daripada matrix jika saya telah mendapat pilihan upu saya?
Dari mana saya boleh dapatkan maklumat tentang biasiswa 2009/2010?Adakah biasiswa mara/jpa telah ditawarkan
aslm saya pelajar lepasn sijil ikm inggin melanjutkan pelajaran di uitm tp keputusan SPM saya tidak memuaskan ada kah saya layak…
Ary,
Salam… Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 7 April 2009 yang lalu, sila rujuk laman web rasmi UPU di Maklumat Temu Duga.
Ya, anda perlu hantar dokumen yang berkenaan.
Atikah,
Tidak, anda juga berpeluang menerima tawaran dari UPU.
Jangan bimbang keputusan permohonan UPU akan diumumkan pada awal Mei sebelum tarikh pendaftaran Matrikulasi.
Ima,
Anda boleh rujuk di ePutra di kategori Pembiayaan, Pinjaman atau Biasiswa. Biasiswa MARA dan JPA ada yang telah dan ada yang akan ditawarkan.
Jat Comfius,
Salam… Anda boleh gunakan sijil IKM anda untuk memohon, sila semak laman web UiTM untuk mengetahui kursus yang anda boleh mohon.
salam, saya pelajar lepasan spm sesi 2008. Saya telah mendapat tawaran dari kolej matrikulasi di perlis. Tawaran program tersebut adalah subjek perakaunan. Walaupun saya telah menerima tawaran tersebut, adakah saya boleh menolaknya dan mengharap bahawa saya akan mendapat tawaran bagi ipta pula? Permohonan bagi ipta ialah dalam kursus sains kejururawatan di uitm.
Siti,
Sila rujuk Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010.
salam…..
sperti biasa calon lepasan spm smestinya mnanyakan tentang program2 yg ditawarkan dan syarat2 untuk menetukan kedudukan yg sesuai dgn kebolehan..
sy ingin meminta pendapat bagaimana ingin memilih salah satu drpd ipta ataw mana2 institusi yg menawarkan kos pembalajaran yg sesuai dgn keputusan… ?.
Syarill,
Salam… Pertama kali semak keputusan peperiksaan dengan kelayakan untuk mengikuti kursus tertentu di Syarat Khas di laman web UPU. Selepas mengetahui kursus yang layak untuk dimohon, cuba dapatkan maklumat berkenaan kursus tersebut di laman web universiti berkenaan dan carian di internet.
Kita juga boleh bertanya dengan guru kaunselor sekolah, rakan-rakan dan saudara-mara berkenaan kursus2 yang layak kita mohon itu.
Akhir sekali dengan maklumat yang telah diperolehi, perlulah menilai diri sendiri ke arah mana minat dan kemampuan diri sebelum membuat keputusan pilihan kursus.
salam..saya merupakan lepasan diploma kejuruteraan mekanikal dari polteknik..saya mendapat HPNM 3.3..IPTA manakah yang sesuai untuk saya menyambung pelajaran??
Fakhri,
Salam… Terdapat beberapa universiti yang ada menawarkan program ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Saya cadangkan anda semak kelayakan untuk mengikuti kursus tertentu di Syarat Khas di laman web UPU. Selepas itu, cuba dapatkan maklumat berkenaan kursus tersebut di laman web universiti berkenaan bagi memudahkan anda membuat keputusan pilihan universiti.
hola..
sy pelajar lepasan sijil kejuruteraan awam politeknik..sy baru abis study bln mei 2009 ni..if i want to further my study in diploma..what should i do now??? really need u help..thnx a lot..
Lady,
Anda boleh memohon kemasukan Januari melalui IPTA yang berkenaan atau kemasukan Jun tahun depan melalui UPU.
salam…sy dr lepasan sijil elektrik dr kolej komuniti jempol…tp,sy x taw r..blewtarikh permohonan sesi ke-2 bg diploma akn kuar??sbb ary tue punya pengambilan dh terlepas…
tolong sy…
plzzz…
Pojie,
Salam… Biasanya pengambilan Januari dibuka dalam bulan Ogos @ September. Anda boleh semak terus dengan laman web IPTA yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
salam…bagaimana untuk saya mengetahui pengambilan untuk PJJ (dip.)tahun 2009/2010.saya selalu terlepas peluang tersebut.Bagaimana untuk saya mengetahui tarikh tutup dan iklan yang dikeluarkan?
Nor,
Salam… Pengambilan untuk PJJ diuruskan oleh universiti yang berkenaan sendiri. Jadi tarikh pengambilannya adalah berbeza bagi setiap universiti. Cara terbaik ialah dengan selalu merujuk laman web universiti tersebut dari masa ke semasa.
Di samping itu iklan mengenai pengambilan PJJ ini ada juga disiarkan di akhbar-akhbar.
assalammualikum..
saya masih bersekolah dan tahun untuk menduduki spm… bilakah masa yang ditetapkan untuk saya mengisi borang kemasukan ke maktab perguruan dalam bidang matematik @ sains pertanian lepasan spm???
Eiyda,
Salam… Permohonan dibuka selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) sebagai panduan.
sy pelajar lepasan spm, sy tidak memeohon upu, tp boleh kah sy mohon universiti untuk sesi januari 2010
Julie,
Boleh dengan memohon terus melalui universiti yang berkenaan. Permohonan biasanya akan dibuka dalam bulan Ogos/ September.
Bukan ker minggu ni mengetahui keputusan kemasukan universiti public…….kenapa masih tak tampar lagi…..~~
Nasty Boy,
Keputusan dijangka akan diumumkan pada 19 Jun, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf.
salam,
sy lepasan diploma(architecture) dr politeknik. grad since 2006 with CGPA 3.05. masuk tahun ni da 3x apply UPU n 6x apply UiTM tp xdpt2. lgpun sy da ade xperience bkerja selama lbih 2thn knp ssh sgt nak dpt smbg blajar? ape yg patut sy buat? kwn2 lain yg sebaya smua da smbg master tp sy masih xdpt peluang smbg degree.. pls HELP!!
Nor,
Salam… Saya cadangkan anda semak semula langkah-langkah yang telah dilakukan semasa membuat permohonan bagi memastikan tiada kesilapan teknikal. Mungkin ada perkara yang terlepas pandang. Sila berhubung dengan Bahagian Pengambilan Pelajar IPTA berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana meningkatkan peluang anda untuk dipilih.
Banyakkan bersabar, jangan berputus asa, pasti satu hari nanti anda akan berpeluang mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Salam,
Adik saya (lelaki) telah memperolehi tawaran dari UPU untuk pengajian dalam bidang statistik di UITM. Dia kurang bersetuju dengan tawaran tersebut kerana minatnya dalam bidang perubatan dan kejururawatan.pointer dia (lepasan matriks) adalah 3.02.
Soalan saya, bolehkah kita minta tukar kursus tersebut (statistik kepada perubatan@kejururawatan) di dalam IPTA yang sama? Jika boleh, bagaimana caranya?
Terima kasih.
BUKHARY
Bukhary,
Salam… Pada dasarnya memang sebarang pertukaran kursus tidak dibenarkan. Walaupun begitu anda boleh mencuba dengan datang sendiri atau berhubung terus Bahagian Pengambilan Pelajar, UiTM di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175.
bilakah permohonan untuk masuk ke program pengajian jarak jauh ipta dibuka dan bagaimana cara dan syarat untuk memohon dan senarai ipta yang menawarkan program ini?
bila tarikh permohonan akan dibuka bagi kemasukan ke IPTA sesi disember?
Anis,
Pengambilan Program Pengajian Jarak Jauh diuruskan oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu syarat, cara dan tarikh permohonan berbeza-beza mengikut program pengajian dan universiti. Cara terbaik adalah dengan menyemak laman web universiti yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini.
Saya belum lagi berkesempatan untuk membuat senarai universiti yang ada menawarkan program pengajian jarak jauh ini.
Tiey,
Biasanya dalam bulan Ogos atau September.
salam..
boleh saya tahu, uitm ade tak pengambilan untuk diploma disember nie?
Add,
Salam… Ya ada.
salam..
nak tanya bile borang permohonan second intake uitm keluar ye??
tengok kat laman web tak ada pula diberitahu..
takut terlepas je..
Ekin,
Salam… Biasanya dalam bulan Ogos atau September. Bila sudah iklannya dah keluar di suratkahbar baru ada di laman web.
nilam Said,August 7th, 2009 @8:49 am
Ekin,
Salam… Biasanya dalam bulan Ogos atau September. Bila sudah iklannya dah keluar di suratkahbar baru ada di laman web.
~selalunya dalam surat khabar mana yang diiklankan.?Utusan malysia..?
selain UITM yang membuka pengambilan disember. adakah ada universiti lain yang membuat pengambilan sesi disember 2009 or januari 2010..? kalau ada..tolong nyatakan universiti tersebut..
salam.
uitm akan buka intake disember 17.8.09 nie..
sila layari laman web uitm.
selain uitm,u ape lagi buka untuk intake hujung tahun nie?
Salam Nilam.
Act,aku lepasan spm 2007. Lepas abes spm,aku masuk matriks. Tpi dapat tawaran
foundation,so aku pun tanpa pikir panjang masuk la foundation.
Nasib aku tak baik,cgpa kptm tak lepas 2.00..sampai skg,maseh tak dpt mane2 ipt.
umor aku dah 19 taon.. Kalau aku amik deg, U mane nk terima kan?
Tapi kalau amik diploma, 3 tahun kemudian br bley wat degree.
maknanya umur aku 27 baru tamat pengajian.
So,aku nak tanya. Betol ke org ckp kalau amek diploma uitm. contohnya dlm bidang
engineering. Bila dah abes diploma tue,bley wat Part 3 terus tyme degree?
Maknanya nya, aku lewat 1 tahun je la kan compared ngan kwn2 aku len. Tapi betol ke mcm tu En. Nilam?
Glad to hear your answer. I already feel like a loser.
Naz,
Biasanya di akhbar-akhbar utama tetapi saya pasti akhbar yang mana kerana bergantung kepada univerisiti yang berkenaan.
Beberapa universiti lain juga akan membuat pengambilan dan saya sedang usahakan senarainya.
Ofy,
Terima kasih dengan maklumat tersebut. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan senarai universiti yang berkenaan
Coie,
Sila rujuk komen saya di sini.
alhamdulillah..
thanks nilam.
Coie,
Sama-sama
Salam Nilam.
“PEMOHON BOLEH MEMOHON LEBIH DARI SATU PERINGKAT PENGAJIAN DARI KATEGORI PERMOHONAN YANG BERLAINAN (1. ASASI/DIPLOMA/PRA DIPLOMA, 2. PROFESIONAL/DIPLOMA LEPASAN IJAZAH DAN 3. IJAZAH SARJANA MUDA) DENGAN MENGGUNAKAN SATU SLIP BAYARAN BAGI SATU KATEGORI PERMOHONAN.”
tu statement daripada pihak uitm.
Camne maksud nye ek Nilam?
Adakah maksudnye pemohon boleh apply diploma & degree serentak? Tetapi guna slip yang berlainan kan?
Ke cmne?
Sedikit kekeliruan Nilam.
Mendapat gred 4B dalam mata pelajaran:
• Fizik/Kimia/Sains Tambahan/Sains
Apa maksud sains tambahan/sains tu?
Adakah maksud nye Biology??
Add,
Salam… Apa yang saya faham sebagai contoh anda boleh membuat permohonan untuk kursus Diploma (kategori 1) dan juga kursus Ijazah (kategori 2) dalam satu masa. Oleh itu anda perlu membeli dua slip pembayaran di BSN iaitu satu bernilai RM9.00 dan satu lagi RM16.00. Ini sama seperti apa yang anda faham.
Bukan Biologi, setahu saya memang ada matapelajaran Sains Tambahan dan juga Sains yang diajar di sekolah tertentu.
Walaupun begitu jika hendak kepastian mengenai kedua-dua perkara di atas sila hubungi pihak UiTM.
salam..boleh tau tak bila ijazah saarjana muda pendidikan untuk ambilan disember 2009 keluar?n mcamane nak th die dah keluarkan iklan..n sya nak th,btul ke nak apply ipta hya boleh guna result 3 thun sebelum 2009 je?untuk stpm..
Ema,
Salam… Ini bergantung kepada universiti yang berkenaan. Anda boleh rujuk terus ke laman web universiti tersebut untuk mengetahui bila permohonan dibuka atau boleh juga lihat di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 sebagai panduan. Saya tidak tahu pula mengenai syarat ini, mungkin boleh disemak dengan pihak universiti untuk mengesahkannya.
Hilmi@kok89,
1.Boleh tapi mungkin tidak berjaya sebab syaratnya perlu ada pengalaman kerja setahun.
2.Setahu saya tidak boleh.
3.Ia bergantung kepada jumlah pemohon dan kekosongan tempat yang ada.
Walaupun begitu saya syorkan anda berhubung terus dengan pihak Politeknik untuk mendapatkan kepastian.
saya bru habis sijil kejuruteraan mekanikal bln 7 tahun 2009 di politeknik..hpnm sy 2.9+
saya ingin bertanya:-
1)boleh x saya nak try apply sambung diploma pada sesi jan 2010???
2)sekiranya saya tidak memiliki pengalaman kerja selama 1 tahun,adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke program diploma di politeknik?
3)apakah pasti dapat sambung diploma selepas kita menunggu selama 1 tahun bg budak2 sijil?
I’m just complete my certificate in Polytecnic Sabak bernam. I would like to continue my degree in Universiti for Hotel & Catering In Management. I do not know how to apply it. I would like to join in Universiti on coming Disember…
Kohki,
Sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.
hai… sy mempunyai diploma pengajian perniagaan dan kini telah berkerja, dan sy bercadang untuk melanjutkan pelajaran secara pjj dalam sarjan muda kaunseling / psikologi / sains kemasyarakatan pada tahun 2010.. masalahnya
1. sy tidak tau universiti mana yg menawarkan kursus tsbt dan bila ditawarkan…
2. adakah universiti yang menawarkan kursus tersebut mempunyai kampus atau cawangan di negeri perak dan sabah.
3. bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat pengambilan itu?
Saya telah berkerja dan berminat untuk menyambung pelajaran dalam peringkat
Pjj dalam sains agri, tapi tak tahu mana satu U ada menawarkan kursus tersebut.
Ziya dan Carol,
Tahniah kerana mempunyai keinginan untuk menyambung pembelajaran anda.
Saya tidak mempunyai maklumat mengenai Program Pengajian Jarak Jauh jadi saya tidak dapat memberi jawapan khusus kepada pertanyaan anda.
Secara amnya pengambilan untuk PJJ berbeza-beza mengikut universiti dan tidak semua semua universiti ada menawarkan program PJJ. Nama untuk program ini juga berbeza mengikut universiti antaranya Pengajian Jarak Jauh dan Pengajian Luar Kampus.
Anda boleh menyemak di laman web setiap universiti untuk mengetahui tentang program ini dan tarikh pengambilannya.
adakah pelajar alevel layak masuk ke ipta?
kalau ada, bolehkah anda beri website berkenaan?
sy tengah runsing..rsult spm sy 4A3B1C1D..sy kelas aliran tknologi mklumat..
n sy budak lepasan PLKN..sy ade mhon UPU,tp tidak brjye..adakah kputusan sy tidak mncukupi utk mlnjutkn pljrn ke IPTA?Sy ingin mhon kmsukan pljr intake disember 2009/2010 di UTM/UITM…tp bagaimana?adakah sy layak dan diterima?
Jean,
Lulusan A Level adalah sama taraf dengan STPM, oleh itu sepatutnya program pengajian yang memerlukan lulusan STPM anda boleh memohon.
Walaupun begitu anda perlu menghubungi IPTA yang berkenaan untuk mendapatkan kelayakan A Level yang diterima pakai untuk sesuatu program pengajian.
Setakat ini saya tidak ada maklumat mengenai laman web yang memberi panduan bagi lepasan A-Level untuk memohon IPTA.
Faten91,
Pasti ada program pengajian yang sesuai dengan kelayakan anda. Apa yang penting jangan berputus asa tetapi terus mencari peluang.
Untuk makluman UTM tidak membuat pengambilan bagi sesi Disember manakala bagi UiTM telah pun ditutup. Sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.
hai..salam
sy lepasan spm tahun 2000,keputusan spm sy x berape cemerlang,pengalaman bekerja selama 7 tahun dengan kerajaan..bagaimana kalau sy ingin meneruskan pengajian ke peringkat diploma teknologi maklumat,dan U mana yang boleh mengambil program separuh mase..yang berdekatan dengan lembah kelang.
Azmi,
Salam… Ada beberapa yang telah membuka permohonan untuk PJJ. Sila rujuk laman web IPTA yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
abang, tumpang tanya.
saya nak mohon upu guna sijil politeknik. saya punya spm tahun 2004.
macamana nak isi bahagian kokokurikulum? saya keliru tentang sistem pengreddan
dan markah nya.
harap dibantuiin sih.
assalamualaikum ya akhi..ana mahu bertanya..bagaimna mahu mndaftar utk mngambil peperiksaan sijil tinggi agama malaysia? ana adalah lpsn spm dan berniat utk mngambil stam..jd ana mahu tahu di mana dan bagaimana cara permohonan peperiksaan stam..di harap saudara dpt mmbantu ana..InsyaAllah demi kebaikkan kpd mereka yg lain jua…
Mat Rempit Berwawasan,
Bahagian ko-kurikulum tidak perlu diisi jika anda tidak mempunyai maklumat mengenainya.
Mohd,
Salam… Pendaftaran peperiksaan STAM boleh dibuat di Pejabat Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan pusat di mana anda ingin menduduki peperiksaan ini. Biasanya calon sekolah perlu membuat pendaftaran sebelum hujung Januari dan calon persendirian sebelum pertengahan Mac.
salam..saya adalah lpsan spm 2008 dan sya prnh mndpt tawaran maktab perguruan..wlaubgaimanapun sya tlh mnolak twran trsebut..nmun,sya amat kesal dgn tindakan sya..jd sya ingin mnta pertolongan drpd saudara nilam,mcm mne nk mohon kmbali kemasukan ke maktab perguruan?
salam nilam..sy lepasan ipts,nk apply upu untuk sesi 2010,tp sy xamek muet lagi..sy bru nk amek muet untuk awal tahun 2010.pndftrn upu bln 2 da tutup kan?adakah sy diterima?
salam Nilam,
boleh sya tahu,ada x pengambilan kemasukan ke ipta utk sesi januari 2010?
sya ingin tukar coarse yg sya ambil skrng sbb sya mcm x leh catch-up dgn subjek yg sya ambil skrng..
dan sya ingin nasihat drp Nilam kpd sya yg x leh catch-up dgn subjek yg sya ambil skrng..
Diharap saudara Nilam dpt membantu..
terima kasih
keputusan spm sy tidak bagus,sy ingin melanjutkan pelajaran,dan ingin berjaya dalan hidup,ke pusat manakah yg patut sy masuk untuk melanjutkn pelajaran sy ke tahap yg tinggi?
salam Nilam. can a doctor who is hepatitis B carrier join medical master programme organized by local university? Any other health problems that will affect the application? thank you.
Salam sejahtera.
Saya lepasan SPM 2002 dan keputusan SPM saya agak cemerlang. Malangnya, saya tidak dapat melanjutkan pelajaran disebabkan masalah kewangan.
Saya ingin tahu samada terdapat peluang untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di IPTA? adakah saya boleh membuat permohonan UPU seperti lepasan pelajar2 SPM 2009?
saya berminat untuk meneruskan pengajian keperingkat master dalam bidang kejururawatan dalam ipta di malaysia. apakak sebenarnya yang perlu saya lakukan
Akum nilam..sy mempunyai maslah ni dng idup sy harap awk dpt mbantu sy..sy mempunyai diplma pemasaran dr politeknik cgpa sy pn ok jgk laa dpt 3.81..tahun lepas 2009 sy ada aply upu dlm bidang pendidikan ismp xpi sy tidak brjaya utk temuduga pndidikan trsebut amat mgecewakan sy krn sy memang minat nk jdi ckgu xpi xdpt..semasa sy menyemak keputusan kemasukan upu sesi 2009/2010 sy brjaya ditawarkan dlm bidang ekonomi di UM dan sy pergi melaporkan diri di UM..malangnye sy hanya bertahan sebulan jee di sana kerana sy ingin kan jurusan pendidikan xpi xbrjaya dan sy amik keputusan utk keluar dari UM..2 bulan lepas tue sy telah ditawarkan bekerja dengan kerjaan jwtan N27 dan sehingga skrg sy bkerja dng govment..xpi hati sy sering memberontak utk nk aply upu dlm tahun ni utk mgejer cita2 sy nk jdi ckgu sehinggakn sy buntu..plz nilam bantu sy adakan sy perlu teruskan kerja govment ni @ keje impian & cita2 sy nk jdi seorg pendidikan…plz help me!!!!!
salam..saya merupakan lepasan diploma farmasi di IPTS dan bercadang menyambung pelajaran di IPTA dalah ijazah farmasi.bagaimana cara saya mahu memohon ke program ijazah di uitm nanti…
saya nak tanya keputusan rayuan ke sekolah menengah kebangsaan agama kedah bila keluar…?
saya nak tahu jawapannya secepat mungkin…
salam…
nak ty..
sy mahu tahu website utk permohonan kemasukkan perguruan ..
sy pljar stpm dapat 1.85 pointer.soalan sy boleh ke sy dapat ipta dan jika sy nak apply ke ipts boleh sy sambung utk buat sarjana muda.kalau boleh dapat ipta kursus apa yg boleh sy minta?
Insan Alpa,
Salam… saya syorkan anda berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228 untuk memastikan samada ada boleh mendapatkan semula tawaran itu atau perlu membuat permohonan baru.
Anim,
Salam… Memang boleh kerana dalam borang permohonan itu anda boleh nyatakan tarikh anda akan menduduki MUET.
Bakri,
Salam… Memang ada, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.
Sebenarnya tidak mudah untuk menukar kursus kerana ia melibatkan kelayakan dan kekosongan tempat. Walaupun begitu memang tidak dinafikan jika kita tidak minat atau kurang kemahiran di dalam sesuatu mata pelajaran menyebabkan kita akan lemah dan ketinggalan di dalam pembelajarannya. Oleh itu sila pastikan minat anda dan cuba berbincang dengan pensyarah yang berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.
Shah,
Jika keputusan anda sederhana, anda boleh cuba memohon politeknik, sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010. Selain itu anda juga boleh memohon IKM, IKBN atau Giat Mara. Di samping itu anda juga boleh cuba memohon pra diploma di UiTM.
JJ,
Salam… Saya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Cuba hubungi universiti yang menganjurkan program pengajian tersebut untuk mendapatkan kepastian.
Lily,
Salam… Anda memang boleh memohon di bawah kategori C, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM.
Shitanoor,
Anda boleh berhubung terus dengan universiti yang ada menawarkan pengajian peringkat master dalam bidang berkenaan untuk mengetahui syarat kelayakan dan bila permohonan dibuka.
Azhar,
Salam… Memandangkan anda sekarang sedang bekerja anda perlu mengenal pastikan peluang dan pilihan yang ada untuk mencapai apa yang anda minat dan cita-citakan. Saya sebenarnya tidak pasti peluang tersebut, mungkin anda boleh merujuk dengan jabatan yang berkenaan untuk kepastian. Cuba tanyakan samada anda boleh cuti belajar atau seumpamanya.
Selepas itu mungkin anda boleh memohon apa-apa kursus peringkat ijazah yang sesuai dengan kelayakan anda. Apabila telah mempunyai ijazah, anda boleh pula memohon Kursus Perguruaan Lepasan Ijazah.
Dapatkan maklumat yang lengkap pilihan yang ada untuk anda menjadi seorang pendidik. Berasaskan maklumat dan pilihan tersebut buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan anda. Kita tentu merasa lebih seronok dan bersungguh jika melakukan pekerjaan yang kita minat.
CryingAngel,
Salam… Permohonan boleh dibuat di bawah kategori Diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf. Walaupun begitu permohonan untuk sesi Jun/Julai sudah ditutup.
Mohammad Zuhail,
Anda perlu berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Safwan93,
Salam… Bagi lepasan SPM sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010.
Jaz,
Syarat am untuk layak memohon ke IPTA adalah lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain.
salam ….sy pljar lpsan spm 2009 , cmne sy nk mhon kmsukan ke ipta/ipts bg sesi 2010 , sy amt bhrp soalan sy akan dbls , trma ksh krma sudi mbca soalan sy ….
Farhana,
Salam… Bagi IPTA sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM dan bagi IPTS anda perlu berhubung terus dengan kolej atau universiti swasta yang berkenaan.
mcm mne nk mohon PJJ kt politeknik….kt cnie..ad ssiapa yang tahu x…????plz,xplain…
salam, sye nak tanya klu nak ambil bidang kejuruteraan awam dkat ‘U’ macam mana??sbb sye tak ambil fizik dan kimia??dri sekolah teknik..
salam, saya ingin bertanya adakah dengan mengikuti plkn
dapat 10% dalam markah kokurikulum
saya sangat keliru dan mngharapkan bantuan orang lain
adakah dgn mngikuti plkn kite akan dapat10%
???
Farizul,
Boleh memohon terus melalui politeknik yang berkenaan sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.
Dayah Prince92,
Salam… Bergantung kepada keputusan peperiksaan anda. Anda boleh melalui Matrikulasi Teknikal, Politeknik atau STPM.
Nurul,
Salam, saya difahamkan memang benar akan mendapatkan markah penuh tetapi saya tidak dapat mencari kenyataan rasmi mengenainya.
hello there
I would like to ask about hospitality field which is hotel management.
if i take diploma course for hotel management and want to continue to degree in these same course at whereas can i take it.
i mean in which ipta that provided this course else than uitm-sains perhotelan.
thank you.
saya mempunyai sijil kejuruteraan awam politeknik dan telah memohon untuk menyambung penggajian ke peringkat diploma politeknik.saya telah mendapat tawaran untuk menyambung penggajian saya di politeknik ungku omar dalam bidang seni bina tetapi saya lebih berminat untuk mempelajari bidang kejuruteraan awam.agaknya boleh tak saya tukar kurus saya ke kejuruteraan awam kembali?dan bagaimana caranya?
saya bekas pelajar dip Public Admin 2002, sekarang saya telah ditawarkan ke ijazah AM228 secara e-pjj. Saya dimaklumkan dapat membuat pindahan credit sebanyak 3 semester, bagaimana dengan gred yang boleh ditransfer?.. asalkan lulus shj or perlu ade grade tertentu shj. Bagaimana pula rakan saya yang merupaka lepasan dip acc tahun 2000. Bolehkah dari course acct jump ke part 3/4 seperti saya.
untuk makluman kami akan melapor diri pada 20/6/2010 nanti.
terima kasih
Saya tidak mempunyai maklumat atau pengalaman mengenainya.
Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.
salam,,sy nak tnye,sy ad kesilapan mengisi borang upu,,jd sy xdapat bidang dan ipta yg sy idamkan,,sy mendapat 5a dlan spm,tp sy msih buntu untuk memilih arah tuju untuk mnyambung blajar,sy bercadang untuk msuk politeknik,tapi sy risau kalau diploma di politeknik tidak bermakna,,kiranye,,orang tdak memandang diploma kita di politeknik,,adakah sebegitu???apakah yg harus sy lakukan sekarang untuk myambung belajar????adakah ipts merupakan langkah terakhir sy???
Salam… anda masih boleh memohon pengambilan Disember 2010/Januari 2011 jika berminat untuk masuk universiti.
Politeknik juga baik kerana ada memberi tumpuan kepada kemahiran. Janganlah memandang rendah kepada lepasan politeknik kerana ada ketikanya mereka yang pernah belajar di sini mendapat peluang yang lebih baik.
Semuanya bergantung kepada kesungguhan dan minat anda.
APA SUBJEK2 YANG DIAMBIL DALAM PRA DIPLOMA SAINS UITM?
saya lepasan spm dan sedang bekerja. bolehkah saya mohon untuk belajar sambil bekerja. apakah prosedur untuk mmohon bekerja sambil belajar.
Anda boleh memohon program luar kampus atau jarak jauh
salam . . maaf yea , saya nk bertanya . .
saya br mngambil spm tahun ini (2010) . . dan saya tidak sempat utk daftar Fasa 1 baru2 ni . .
saya betul2 takut . adakah sy x berpeluang utk smbung blajar dah lepas nie ? i hope that u can help me . .i was totally blank right now . . 🙁
Salam… jangan bimbang anda masih boleh mendaftar pada fasa 2 nanti, sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 dan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012